Syarikat


SOPHie PARIS Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2012. 
Ia memasuki pasaran Malaysia iaitu negara ke-5 dan yang terkini diterokai oleh SOPHie PARIS, syarikat jualan langsung fesyen terbesar di Asia selepas Indonesia (1995), Filipina (2002), Maghribi (2008) & Vietnam (2010). SOPHie PARIS berbangga menjadi syarikat pemasaran pelbagai-peringkat fesyen yang PERTAMA di Lembah Klang yang kini 'diselaputi' 
dengan warna korporat SOPHie PARIS, 'MAGENTA'.

SOPHie PARIS Malaysia adalah 100% syarikat pelaburan asing dari Perancis. 
Lokasi Ibu-pejabat Korporatnya terletak di C-01, Menara PJX-HM Shah, No.16A, Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, bersebelahan dengan bangunan kompleks beli-belah Amcorp Mall dan berhadapan dengan Stesen LRT Putraline, Taman Jaya, Petaling Jaya. Butik pejabat yang berkeluasan 9,000 kaki persegi dengan seni-reka yang terbaik ini berfungsi untuk tujuan operasi korporat, kedai utama, ceramah perniagaan dan tempat lahirnya fesyen terkini tercipta.Pelbagai jenis produk berkualiti rekaan unik warga Perancis seperti beg tangan, dompet, jam tangan dan aksesori wanitaSOPHie PARIS berkeyakinan, anda pasti akan menjadi seorang SOPHie-holic dengan pelbagai pilihan produk seperti yang anda boleh lihat melalui katalog SOPHie PARIS yang menarik.Kini, SOPHie PARIS mempunyai lebih daripada 40 anggota pasukan yang terlatih dan mesra pelanggan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang dihormati.











No comments:

Post a Comment